SALJI

Ahad, 31 Mac 2013

ماءنسي بوليه بروبه

                            
                           اسلام عليكم ورحمة الله وبركته    





manusia boleh berubah sebenarnya..
yang paling penting, dia kena kuat untuk melonjakkan diri dia ke arah perubahan itu..
banyak berdoa.. dan mula beristiqamah dengan perkara yang dia dah cuba ubahkan dalam diri dia..
selalunya, syaitan akan goda kita dengan kita supaya tak bagi diri kita berubah..
tapi bila kita dah berjaya berubah, syaitan kalah!
tapi...dia tetap juga tak pernah berhenti berusaha ganggu kita lagi agar kita kembali kepada perkara dulu.. susahkan? apa yang perlu sekarang, banyakkan berdoa.. azam kita perlu kuat..dan minta orang lain juga  mendoakan kita..amin InsyaAllah.
tapi, bukan itu yang nak dibicarakan di sini..
zaman sekarang, bila seseorang insan tu nak berubah ke arah kebaikan, susah nak dapat sokongan sekeliling sebenarnya... orang sekeliling masih menganggap dia seorang yang 'tidak baik'. anggapan seperti ini akan membuatkan insan tersebut akan berasa down sekali. perasaan seperti ini akan memusnahkan harapan si insan tadi untuk berubah.. lihat? betapa begitu sekali pandangan orang sekeliling terhadap 'insan' seperti ini? seharusnya, mereka gembira kerana 'insan' ini sudah berazam untuk berubah dan menyokong 'insan' ini 100%.. namun, apa yag mereka buat? 
ya.. dia berdosa
ya.. dia melakukan dosa yang besar
ya.. dia mungkin telah memusnahkan harapan kamu dulu
ya.. dia mungkin telah memalukan kamu dulu
TETAPI, sedarlah.. tiada insan yang tidak pernah khilaf dengan diri sendiri dan insan lain.
jika kita renung diri kita kembali, kita juga pernah melakukan kesilapan jua..
maafkanlah dirinya.. anggaplah dia bagai bayi yang baru lahir..
didiklah dirinya semula.. pimpinlah tangannya semula.. sayangilah dirinya sepenuhnya..
dirinya layak untuk semua itu..
mungkin di akhirat sana, dia yang akan membantu dan menarik kita ke syurganya..



Tiada ulasan: