SALJI

Jumaat, 4 Disember 2015

MENCUKUPI

Baru aku sedar
Rezeki yang aku peroleh selama ini bukan cuma rezeki aku sahaja tapi juga untuk dikongsikan dengan yang lain
Setiap kali Allah bagi rezeki yang lebih pada aku, pasti akan ada juga yang akan dikongsikan pada yang lain.. Alhamdulillah 😃 atas apa yang aku buat, orang lain juga merasa.. Allah bagi kecukupan pada aku.. Apa-apa pun aku bersyukur.. Walau tidak sebanyak mana tapi MENCUKUPI

Jumaat, 2 Oktober 2015

Allah sebaik-baik Yang Mengetahui



Aku tak nak aku ada pilihan
Aku tak nak aku perlu memilih
Aku cuma nak aku hanya ada 1 tetapan
Aku cuma perlu laluinya sahaja
Aku takut..
Aku takut aku buat pilihan yang salah
Pilihan aku sentiasa salah
Tapi salah aku juga
Allah datangka pilihan
Tinggal aku untuk memilihnya
Allah datangkan aku kekeliruan
Allah datangkan juga cara untuk aku selesaikan
Tanya Dia..
Dia tahu sebaik-baik pilihan
Dia tahu sebaik-baik keputusan
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya

Ampunkan kekhilafan aku Ya Allah
Kerna sentiasa membelakangimu dalam apa jua urusan hidupku.. Ku kira ini sebagai balasaMu buatku..
Kuatkanlah hatiku untuk melaluinya, Ya Allah.


Khamis, 1 Oktober 2015

I am strong 'lil girl' :)


Aku harap aku boleh jadi kuat
Menangis macam mana sekalipun aku tetap kuat
Aku takkan mudah lemah seperti mudahnya air mata aku jatuh saat aku luluh.
Senyuman adalah kekuatanku
Air mata adalah pembakar semangatku