SALJI

Khamis, 30 Mei 2013

Marine Takaful

Assalamualaikum W.B.T

salah satu subjek yang saya minat pada semester 3 di politeknik, adalah subjek ini.. ada sikit nota mengenai MARINE TAKAFUL.. mungkin tidak lengkap tapi ini yang kami gunakan semasa pembentangan dulu =)

selamat membaca..semoga menjadi manfaat ^^

Rabu, 29 Mei 2013

Puisi : andai hati ini mampu berkata - kata



andai hati ini mampu berkata - kata
bibir ini ingin sekali mengunci kata
kerana hati sering terluka
dengan segala kata yang penuh dusta

andai hati mampu berkata - kata
aku harap engkau sedia
dengan segala apa yang bakal diperkata
oleh hati yang memendam rasa

andai hati mampu berkata - kata
aku akan mulai merasa lega
tak sanggup lagi ku benam semua rasa
dalam dasar hati yang sederhana

oh hati...


hakciptaamani

Contoh Laporan Akhir Latihan Industri @ Praktikal 2013

Assalamualaikum W.B.T

hari ni saya nak share report penuh yang saya da buat untuk Latihan Industri..hope dapat jadi panduan pada semua. saya student Politeknik Sultan Idris Shah ^^

p/s : sesiapa yang nak pdf format or soft copy boleh mintak untuk saya email-kan.. Hanya RM5.00 SAHAJA per copy. Hubungi saya di faizatul_shaari@yahoo.com untuk nombor akaun dan softcopy ya.. Terima kasih. Selamat Maju Jaya 

JANGAN KOMEN EMAIL KAT SINI..JARANG BUKAK BLOG

Khamis, 23 Mei 2013

Alhamdulillah.. Blog da ok! ^^

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

alhamdulillah..akhirnya, blog nie da kembali seperti normal walau tidak secantik mana dan terdapat pelbagai cacat cela.. cukuplah sekadar sedap mata memandang dan  memberi manfaat pada yang lain..
syukur...alhamdulillah


nampak tak kegedikan di situ? cuti sem..duk rumah sorang2..tak da kerja. jadi, inilah kerjanya..
peace! ^^
p/s : gambar tak jelas sebab pakai kamera laptop..hihi

Rabu, 15 Mei 2013

HARAP MAAF! BLOG SEDANG DISELENGGARA

DISEBABKAN KEGATALAN TANGAN MENGUBAH KLIK SANA, KLIK SINI,
SATU KEJADIAN TELAH MENGUBAH SEGALA - GALANYA PADA BLOG INI.

HARAP MAAF!
SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI

Selasa, 14 Mei 2013

tiada mata tanpa airmata




tiada mata tanpa air mata
keadaan kembali seperti sedia kala..
sebagaimana aku membawa hati yang lara kembali ke Pulau Pinang Disember 2012,
begitu jua aku membawa hati yang lara pergi dari Pulau Pinang..jauh ke Sabak Bernam.
seolah terngiang kembali peristiwa september 2012..
banyak mengubah hidup dan sifat semula jadi ku..
benar..semua salahku..
tapi tak mengapa..
aku redha..

seperti mati..tiada yang kekal di dunia nie..
seperti kata umi, cinta seperti mana pun, andai bukan jodoh, tak boleh jugak..
umi cakap jugak, walau kita rasa orang tu terbaik untuk kita, tapi Allah kata tidak, takkan bersama jua..
walau kita benci mana, tak suka dengan orang tu, tapi Allah kata dia yang sesuai dengan kita, apa kita boleh buat..
jodoh itu rahsia Allah..

dear awak..
ada satu rahsia saya nak bagitahu..
tentang kenapa ini terjadi..
agar semua yang akan saya usahakan untuk awak selepas ini akan diredhai Allah..
saya tak nak nanti ianya menjadi penghalang untuk mencapai redha Allah..
bila Allah da redha, saya yakin awak akan dapat kerja tu..
saya akan selalu doa untuk awak..
nanti, bila awak da dapat kerja tu awak boleh balik awal, ada lebih masa untuk *saya, family awak dan diri awak sendiri.. itu yang awak inginkan selama ini kan?
saya sedar apa yang saya buat ini salah dan sangat mengguriskan hati awak..
tapi percayalah..kebahagiaan selepas kepahitan itu sangatlah manis =)
walau andai satu saat nanti Allah tidak menakdirkan saya di sisi awak di saat bahagia itu..
akhir kata, saya mohon maaf kerana mungkin cara yang saya buat ini salah..
awak berhak untuk hidup yang lebih baik..walau tanpa saya

* kalau kita ditakdirkan bersama lagi.



Menunggu Dirimu Di sana



 
Ku selalu menyakiti dan sering berdusta
Dan membuat kau tinggalkan aku
Pertelingkahan kita selalu tiada akhirnya
Melemaskan mu dalam cinta ku


Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu


Kenangan indah ketika kita bersama
Membuat ku terbayangkan kamu
Aku tahu cinta ku tersemat di hati ku
Aku yakin hanya kau untuk ku


Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu sehingga akhir waktu


Aku kan menunggu
Hingga kita kan bersama
Kau akan selalu ku cinta


Menanti mu hingga kau kembali
Kan mencuba menjaga hati mu
Setia dan hidup ku selalu dengan mu
Menemani mu hingga akhir waktu