SALJI

Ahad, 31 Mac 2013

ماءنسي بوليه بروبه

                            
                           اسلام عليكم ورحمة الله وبركته    





manusia boleh berubah sebenarnya..
yang paling penting, dia kena kuat untuk melonjakkan diri dia ke arah perubahan itu..
banyak berdoa.. dan mula beristiqamah dengan perkara yang dia dah cuba ubahkan dalam diri dia..
selalunya, syaitan akan goda kita dengan kita supaya tak bagi diri kita berubah..
tapi bila kita dah berjaya berubah, syaitan kalah!
tapi...dia tetap juga tak pernah berhenti berusaha ganggu kita lagi agar kita kembali kepada perkara dulu.. susahkan? apa yang perlu sekarang, banyakkan berdoa.. azam kita perlu kuat..dan minta orang lain juga  mendoakan kita..amin InsyaAllah.
tapi, bukan itu yang nak dibicarakan di sini..
zaman sekarang, bila seseorang insan tu nak berubah ke arah kebaikan, susah nak dapat sokongan sekeliling sebenarnya... orang sekeliling masih menganggap dia seorang yang 'tidak baik'. anggapan seperti ini akan membuatkan insan tersebut akan berasa down sekali. perasaan seperti ini akan memusnahkan harapan si insan tadi untuk berubah.. lihat? betapa begitu sekali pandangan orang sekeliling terhadap 'insan' seperti ini? seharusnya, mereka gembira kerana 'insan' ini sudah berazam untuk berubah dan menyokong 'insan' ini 100%.. namun, apa yag mereka buat? 
ya.. dia berdosa
ya.. dia melakukan dosa yang besar
ya.. dia mungkin telah memusnahkan harapan kamu dulu
ya.. dia mungkin telah memalukan kamu dulu
TETAPI, sedarlah.. tiada insan yang tidak pernah khilaf dengan diri sendiri dan insan lain.
jika kita renung diri kita kembali, kita juga pernah melakukan kesilapan jua..
maafkanlah dirinya.. anggaplah dia bagai bayi yang baru lahir..
didiklah dirinya semula.. pimpinlah tangannya semula.. sayangilah dirinya sepenuhnya..
dirinya layak untuk semua itu..
mungkin di akhirat sana, dia yang akan membantu dan menarik kita ke syurganya..



Jumaat, 29 Mac 2013

Ujian itu hanya untuk mereka yang TERPILIH



 

kadang, kita selalu merungut dengan apa yang kita dapat kat dunia ni.. tidak terlepas jugak diri yang penuh khilaf ini. sehingga kita terlupa yang sebenarnya, setiap apa yang terjadi di dunia ini, dalam hidup kita ini, adalah satu suratan takdir yang Allah letakkan setiap padanya, satu hikmah yang tersembunyi..
Andai kita cantik, ianya satu ujian
Andai kita hodoh, ianya satu ujian
Andai kita bijak, ianya satu ujian
Andai kita bodoh,ianya satu ujian
Andai kita kaya,ianya satu ujian
Andai kita miskin, ianya satu ujian
Andai kita sihat,ianya satu ujian
Andai kita sakit, ianya satu ujian
BAIK mahupun BURUK yang kita terima, semuanya adalah satu ujian
berbanggalah kerana kita masih menerima ujian dariNya kerana kita adalah INSAN TERPILIH
jangan kita lupa untuk bersujud padanya walau pada waktu senang mahupun susah



Isnin, 25 Mac 2013

N~A~M~U~N


Di saat aku kehilangan segala keyakinan,
Engkau salurkan kepadaku keyakinanmu
Namun aku telah kehilangan semua itu

Di saat aku diselubungi kesedihan,
Engkau salurkan kepadaku kegembiraanmu
Namun aku telah kehilangan semua itu

Di saat aku jatuh ke lembah kegagalan,
Engkau hulurkan tanganmu kepadaku
Agar aku berdiri sama berjaya denganmu
Namun aku telah kehilangan semua itu

Di saat aku dicampak manusia
Engkau menjadi bumi untuk ku berpijak dengan yakin
Namun aku telah kehilangan semua itu

Di saat aku kehilangan cinta,
Adakah engkau akan hadir bersama ertinya?