SALJI

Sabtu, 9 November 2013

itu kenyataan, Amani =)




Pahit sebenarnya apabila mengetahui sesuatu kenyataan dan perlu menerima kenyataan tersebut..
tapi..hidup ini tiada guna kalau mementingkan diri
apa- apa pun perlu berkorban demi kebahagiaan orang lain
jangan hanya fikirkan kebahagiaan diri sendiri
utamakan kebahagiaan orang lain
kerna engkau tahu
bahagia insan lain adalah bahagia kau jua
walau cuma luaran sahaja
berlakonlah seolah bahagia
walau engkau tak pernah merasai apa itu bahagia
kelak.....kau akan temui kebahagiaan sebenar..

insyaAllah... ^__^

itulah engkau, Nur Faizatul Amanina

Selasa, 8 Oktober 2013

Bersabarlah Amani

Amani,

       Rencana Illahi itu hakiki...
       Percayalah...dan bersabarlah..
       kerana Allah itu menjanjikan sesuatu yang gembira 
       untuk insan yang sabar sepertimu...


Rabu, 31 Julai 2013

Kembali senyum =)



hanya Allah yang tahu betapa lega hati ini saat kemaafan itu diterima
umpama matahri terbit semula selepas kegelapan malam
terima kasih Ya Allah
aku bersyukur sangat

KEMBALI SENYUM ^_^

Selasa, 30 Julai 2013

Puisi : Disakiti



aku nak cepat pergi dari sini...
bawalah aku......
ke mana sahaja... agar dapat aku menjaga hati ini..
jauh daripada yang menyakiti...
kerna aku tak sanggup lagi..
membiarkan ia terus disakiti..
oleh insan yang tidak pernah peduli..
dengan erti 'hati yang disakiti'
mugkin mereka tidak pernah merasa kesakitan itu..
namun, andai mereka merasai..
aku berharap, ianya tidak sesakit apa yang ku rasai..

Ya Allah, peliharalah insan ini
jauhilah dia dari segala yang menyakiti
moga insan ini tabah menghadapi
segala dugaan dan cabaran yang mendatangi
setiap saat dan detik yang dilalui

Tajuk : Disakiti
Oleh   : Nur Faizatul Amanina
Tarikh : 30 Julai 2013 ( 9.34 a.m )