SALJI

Jumaat, 4 Disember 2015

MENCUKUPI

Baru aku sedar
Rezeki yang aku peroleh selama ini bukan cuma rezeki aku sahaja tapi juga untuk dikongsikan dengan yang lain
Setiap kali Allah bagi rezeki yang lebih pada aku, pasti akan ada juga yang akan dikongsikan pada yang lain.. Alhamdulillah 😃 atas apa yang aku buat, orang lain juga merasa.. Allah bagi kecukupan pada aku.. Apa-apa pun aku bersyukur.. Walau tidak sebanyak mana tapi MENCUKUPI

Jumaat, 2 Oktober 2015

Allah sebaik-baik Yang Mengetahui



Aku tak nak aku ada pilihan
Aku tak nak aku perlu memilih
Aku cuma nak aku hanya ada 1 tetapan
Aku cuma perlu laluinya sahaja
Aku takut..
Aku takut aku buat pilihan yang salah
Pilihan aku sentiasa salah
Tapi salah aku juga
Allah datangka pilihan
Tinggal aku untuk memilihnya
Allah datangkan aku kekeliruan
Allah datangkan juga cara untuk aku selesaikan
Tanya Dia..
Dia tahu sebaik-baik pilihan
Dia tahu sebaik-baik keputusan
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya

Ampunkan kekhilafan aku Ya Allah
Kerna sentiasa membelakangimu dalam apa jua urusan hidupku.. Ku kira ini sebagai balasaMu buatku..
Kuatkanlah hatiku untuk melaluinya, Ya Allah.


Khamis, 1 Oktober 2015

I am strong 'lil girl' :)


Aku harap aku boleh jadi kuat
Menangis macam mana sekalipun aku tetap kuat
Aku takkan mudah lemah seperti mudahnya air mata aku jatuh saat aku luluh.
Senyuman adalah kekuatanku
Air mata adalah pembakar semangatku


Sabtu, 27 September 2014

DIB ( CREDIT MANAGEMENT ) : APPLE Co.



Assalamualaikum W.B.T
kali ini saya ingin berkongsi mengenai Syarikat Apple
moga bermanfaat =)


direct link : http://www.scribd.com/doc/241141897/Project-Presentation-Apple
jika ingin dihantar melalui emel atau fcebook , sila inbox facebook saya

terima kasih =)


DIB ( USUL FIQH ) : ISTISHAB



Assalamualaikum W.B.T
perkongsian mengenai ISTISHAB

ketahui definisi, hujah mengenainya, pelopor dan juga contoh yang sesuai
moga bermanfaat =)

direct link : http://www.scribd.com/doc/241141624/ISTISHAB
jika ingin dihantar melalui emel atau fcebook , sila inbox facebook saya

terima kasih =)


   ISTISHAB

DIB ( INVESTMENT ) : SUKUK MUDHARABAH

Assalamualaikum W.B.T
kali ini saya ingin berkongsi mengenai Sukuk Mudharabah
moga bermanfaat =)

direct link : http://www.scribd.com/doc/241140430/Presentation-Sukuk-Mudharabah
jika ingin dihantar melalui emel atau fcebook , sila inbox facebook saya

terima kasih =)


Isnin, 7 April 2014

menanti hikmah


aku selalu berharap di hari yang baru..
saat mata ini terbuka..
segala kesakitan ini hilang..
aku menantinya seolah mengharap suatu keajaiban..
namun.....
tak jua hadir
hatiku pasrah
mungkin ini ujianNya.. ya..ini memang ujianNya
semoga dengan ujian ini aku lebih kuat
kuat menempuh segala dugaan ini
semoga dengan ujian ini aku lebih tabah
tabah dalam mengharungi kesakitan ini
semoga dengan ujian ini aku lebih istiqamah
istiqamah dalam mendekatiNya
aku menanti hikmah di sebalik semua ini
sama ada baik
sama ada buruk
aku redha, Ya Allah



Rabu, 20 November 2013

Kejam


dia hanya tahu berkata
dia tak pernah tahu apa yang dirasa
dia fikir, aku rela?
dia fikir, aku kuat?
dia fikir, aku apa?
manusia hati kering?
manusia sempurna?
aku bukan semua tu..
disebalik senyuman itu sebenarnya aku lemah!
lemah selemah manusia!
andai manusia boleh hidup tanpa hati, aku ingin jadi orag pertama hidup tanpa hati
aku da cukup terseksa
dek pebuatan manusia yang alpa
alpa akan hati yang derita
mereka pijak selumatnya
mereka itu kejam sekejamnya!

Sabtu, 9 November 2013

Takdir



sekejap sahaja Allah menggantikan air mata itu dengan kegembiraan
namun, sekejap jua Allah menggantikan kegembiraan itu dengan air mata
aku redha..
aku cuma hambaNya
perlu akur pada takdirNya
tiada guna menolak takdir
cuma lelah dan derita yang diperoleh
redha itu lebih bahagia
kerna aku yakin
setiap apa yang direncanakan itu
adalah yang terbaik untuk aku
dan aku jua yakin
setiap apa yang diatur itu
miliki hikmahnya yang tersendiri

SubhanAllah.....indah takdirMu, Ya Allah ^__^

itu kenyataan, Amani =)




Pahit sebenarnya apabila mengetahui sesuatu kenyataan dan perlu menerima kenyataan tersebut..
tapi..hidup ini tiada guna kalau mementingkan diri
apa- apa pun perlu berkorban demi kebahagiaan orang lain
jangan hanya fikirkan kebahagiaan diri sendiri
utamakan kebahagiaan orang lain
kerna engkau tahu
bahagia insan lain adalah bahagia kau jua
walau cuma luaran sahaja
berlakonlah seolah bahagia
walau engkau tak pernah merasai apa itu bahagia
kelak.....kau akan temui kebahagiaan sebenar..

insyaAllah... ^__^

itulah engkau, Nur Faizatul Amanina

Selasa, 8 Oktober 2013

Bersabarlah Amani

Amani,

       Rencana Illahi itu hakiki...
       Percayalah...dan bersabarlah..
       kerana Allah itu menjanjikan sesuatu yang gembira 
       untuk insan yang sabar sepertimu...


Rabu, 31 Julai 2013

Kembali senyum =)



hanya Allah yang tahu betapa lega hati ini saat kemaafan itu diterima
umpama matahri terbit semula selepas kegelapan malam
terima kasih Ya Allah
aku bersyukur sangat

KEMBALI SENYUM ^_^

Selasa, 30 Julai 2013

Puisi : Disakiti



aku nak cepat pergi dari sini...
bawalah aku......
ke mana sahaja... agar dapat aku menjaga hati ini..
jauh daripada yang menyakiti...
kerna aku tak sanggup lagi..
membiarkan ia terus disakiti..
oleh insan yang tidak pernah peduli..
dengan erti 'hati yang disakiti'
mugkin mereka tidak pernah merasa kesakitan itu..
namun, andai mereka merasai..
aku berharap, ianya tidak sesakit apa yang ku rasai..

Ya Allah, peliharalah insan ini
jauhilah dia dari segala yang menyakiti
moga insan ini tabah menghadapi
segala dugaan dan cabaran yang mendatangi
setiap saat dan detik yang dilalui

Tajuk : Disakiti
Oleh   : Nur Faizatul Amanina
Tarikh : 30 Julai 2013 ( 9.34 a.m )

Sabtu, 27 Julai 2013

sekeras span








aku mencuba..namun tetap sukar untuk menerima
kejamkah aku? kejam kerana tidak pernah memberi peluang?
tidak..aku tak kejam..
walau aku kejam sekalipun, sekejam - kejam aku, tak akan pernah sekejamnya..
terus membuang aku dari hidupnya..
tapi aku? mencuba untuk menerimanya semula..
bagi aku, benda yang dah lepas biarlah berlalu...
jangan kerana luka lama, aku menjadi kejam kerana tidak memberi peluang..
TAPI...........
kenapa sekarang sukar bagi aku?
sudah betul2 keraskah hati ini?
tak mungkin..
tapi itulah realitinya sekarang...


MAAFKAN AKU 

Khamis, 25 Julai 2013

sayang umi


dalam ketawa, tiba-tiba menitis air mata...
aku bingung.. kenapa?
kerana aku teringat sesuatu...
sesuatu yang betul2 merentap segala senyuman ini...
lantas aku mendail nombor 'Umi'
walau tak dapat melihat wajah, cukup dengan hanya mendengar suaranya..
terubat rindu walau bicara hanya seketika..
entah kenapa berat bebanan rindu ini begitu menghempap hati yang lemah ini...
saat bersendirian, menitis air mata...
UMI...
insan yang tak pernah mengenal putus asa..
walau penat, dilayan jua kerenah ini..
walau tak berdaya, semampu kudrat menyempurnakan
semuanya demi yang terbaik untuk diri ini
sayang umi



Jumaat, 5 Julai 2013

H~A~R~T~A




apabila harta adalah segalanya, akhirat menjadi kabur
tanggungjawab sebagai hamba Allah diabaikan
tanpa kita sedar, rezeki itu milik Allah
dan hidup ini adalah aturanNya

myLovely_BuddiEs ^^

cincin kami =) cuba teka mana satu saya punya? hehe


comey2 ja jari semua nie.. da berpunya kah? hehe biarlah rahsia




pandai semua posing..kecomelan, kepakaran mereka..semua comey! =)



si tudung kuning yang gangster..aku lah tu..haha!




sweet smile =)

\


Ahad, 30 Jun 2013

aku di sini ^^


Assalamualaikum
 
ahad.. kenapa dengan ahad?  haha tiada apa dengan ahad.. cuma nak bagitahu yang aku da seminggu di sini. di mana? POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH.. Perasaan yang berkobar - kobar nak habiskan pengajian di sini. almaklumlah...da tahun akhir ^^
semoga segala urusan di sini dipermudahkan.. dapat belajar dengan sempurna.. dapat berusaha tanpa sebarang halangan.. juga, semoga semuanya diberkati.. amin.. insyaAllah 
saya... NUR FAIZATUL AMANINA, PELAJAR TAHUN AKHIR DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH ( da macam ucapan salam perantauan pulak..haha! ) 

subjek yang saya ambil untuk sem ini :

AA208 Usul Fiqh
AE501  Communicative English 3
PS503   Islamic Investment
PS504   Credit Management
PS601   Risk Management in Islamic Banking

Selasa, 18 Jun 2013

6 Dosa yang TIDAK akan diampunkan Allah S.W.T walaupun bertaubat

 
 
1- Makan harta anak yatim secara haram.

untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka  dosanya tidak terhapus).
 
 
 

2- Menuduh wanita solehah berzina.

Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).
 
 
 

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).



4- Melakukan sihir.

Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).




5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.
 

Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari  maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).




6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.


Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).
 
 
 
 

Khamis, 30 Mei 2013

Marine Takaful

Assalamualaikum W.B.T

salah satu subjek yang saya minat pada semester 3 di politeknik, adalah subjek ini.. ada sikit nota mengenai MARINE TAKAFUL.. mungkin tidak lengkap tapi ini yang kami gunakan semasa pembentangan dulu =)

selamat membaca..semoga menjadi manfaat ^^